BAHASA MELAYU (TATABAHASA-KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK)
Nota, latihan dan pengajaran ini disediakan khusus kepada pelajar sebagai rujukan dalam mempelajari tatabahasa dalam subjek Bahasa Melayu. Berkongsi itu mesti, Berkat itu pasti. Semoga bermanfaat.
Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada pelajar-pelajar cikgu yang disayangi dan dikasihi. Ini adalah Nota untuk pembelajaran kelas pada hari ini. Nota mengenai Kata Tunggal dan Kata Majmuk telah cikgu disediakan dalam ruangan ini, pelajar boleh la membaca, dan membuat refleksi sendiri.
VIDEO MENGAJAR (REKOD) KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK
Pergi ke kedai membeli halia,
Halia diberi bersama serai,
Rajin membaca amalan mulia,
Agar menjadi orang yang pandai.
Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada pelajar-pelajar cikgu yang disayangi dan dikasihi. Video ini merupakan video mengajar yang telah direkod semasa kelas dalam talian. Pengajaran dan pembelajaran dalam video ini adalah mengenai kata tunggal dan kata majmuk. Diharapkan pelajar boleh menonton video ini sebagai rujukan di masa hadapan.
5.0 TATABAHASA
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. (Ting 4)
✅ SUBTAJUK/TOPIK : ASPEK TATABAHASA / KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK
Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada pelajar-pelajar cikgu yang disayangi dan dikasihi.
Ruangan ini telah cikgu sediakan beberapa pautan yang berkaitan pembelajaran kita iaitu topik kata tunggal dan majmuk untuk dijadikan sumber rujukan dan ulangkaji pembelajaran dalam bentuk teknologi digital.
Oleh itu, pautan yang cikgu telah sediakan ini akan membawa kamu semua ke YouTube untuk melihat video penerangan tentang topik pembelajaran secara singkat dan mudah.
Diharapkan semua pelajar menyediakan dan menetapkan masa untuk melihat video tersebut agar kamu lebih faham dan ingat segala aspek yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Cikgu banyakkan pautan agar kamu boleh memilih video yang mudah untuk kamu fahami.
Definisi Tatabahasa: pengetahuan atau pelajaran ten-tang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dim ayat) dll, nahu; ketatabahasaan (hal) yg berkaitan dgn tata-bahasa: kertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan.
(Kata Tunggal)
Definisi Kata Majmuk: (Lin) gabungan dua atau tiga perkataan yg mempunyai satu pengertian,